Posted by Buletin KKSB
iklan
3:53 AM
Sebagai warga yang prihatin dan penyayang, kita sewajarnya cukup peka terhadap isu-isu semasa yang sedang bermain di sekitar kita. Bencana banjir yang sedang melanda negara Pakistan sebagai contoh seharusnya telah lama membuka mata hati dan sifat keprihatinan kita untuk sama-sama membantu menghulurkan bantuan atas nama kemanusiaan dan kasih sayang.
Lebih dari 2000 orang telah meninggal dunia dan lebih dari 1 juta rumah telah hancur sejak banjir bermula. Dianggarkan bahawa lebih daripada 20 juta orang tercedera dan kehilangan tempat tinggal. Jumlah itu melebihi jumlah mangsa tsunami Lautan Hindi 2004, gempa bumi Kashmir tahun 2005 dan gempa bumi Haiti tahun 2010. Akibat banjir ini, sekitar satu per lima dari keluasan negara Pakistan telah ditenggelami air.
Ada kanak-kanak yang hanya makan sekali sehari. Ada yang hanya bersahur tanpa berbuka sepanjang bulan Ramadhan yang lalu hanya kerana kurangnya sumber makanan kerana terlalu sedikit sumbangan yang mereka terima.
KKSB melalui
Unit Pengajian Am dengan kerjasama HALUAN akan mewujudkan
Tabung Bantuan Kemanusiaan Pakistan bagi memberi peluang kepada seluruh warga KKSB untuk turut menyumbang atas dasar kemanusiaan. Kutipan dari tabung ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) yang bakal berlepas ke Pakistan pada awal Oktober nanti atas misi kemanusiaan di Pakistan.Tabung ini akan diedarkan dari kelas ke kelas sepanjang tempoh 23-29 September 2010. Warga KKSB juga boleh terus berjumpa dengan Ustaz Noorkhairan Nordin untuk menyampaikan sumbangan peribadi ke atas tabung ini.
Buletin KKSB menyeru seluruh warga KKSB yang prihatin untuk sama-sama menderma sekadar apa yang termampu kepada warga Pakistan untuk sama-sama mengurangkan beban kesusahan yang sedang mereka alami. Sumbangan derma atau bantuan juga boleh disalurkan terus kepada salah satu dari tabung berikut:
- Tabung Kemanusiaan HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia)
Nama Akaun: HALUAN
No. Akaun: 14-023-01-002571-8
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad - Tabung Bantuan Bencana Pakistan - Media Prima NSTP
• Bank-in/Masukkan dana melalui nombor akaun Maybank 5142 7133 9000, dengan nama "Tabung Bantuan Bencana Pakistan" • Menulis cek kepada "Tabung Bantuan Bencana Pakistan" dan hantar ke: (d/a) Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Tingkat 5, North Wing Sri Pentas 3, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800, Selangor Darul Ehsan.- Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia)
melalui akaun Tabung Kemanusiaan MERCY
Maybank di nombor 5621-7950-4126 atau
CIMB di nombor 1424-000-6561053
Posted by Buletin KKSB
iklan
2:54 AM
Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Disember 2010 dibuka mulai hari KHAMIS, 5 Ogos 2010.
http://www.politeknik.edu.my bagi pemohon kategori berikut:
a. Lulusan SPM dan setaraf
b. Lulusan Sijil Politeknik KPT
c. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
d. Lulusan Diploma Politeknik KPT
e. *Lulusan Kolej Matrikulasi KPM Jurusan Sains
Pemohon Sesi Jun 2010 yang tidak berjaya atau tidak mendaftar boleh memohon semula menggunakan no. pin yang sama.
Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Disember 2010 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web;
http://www.politeknik.edu.my
Untuk mengakses e-Borang pemohon mesti menggunakan kombinasi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.
Pemohon diminta membeli nombor PIN di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja)
Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN.
Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan Kad Pengenalan atau MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.
Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor Kad Pengenalan atau MyKad pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit bermula dengan "40" dan diikuti empat angka yang lain sebelum meninggalkan kaunter BSN. Contoh No PIN : 401051
Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Jun 2010 dan Disember 2010 sahaja.
Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya lupa.
Posted by Buletin KKSB
iklan,
kreatif dan RnD
6:52 PM
Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air bersama GreenTech Malaysia menganjurkan pertandingan Greentition bertemakan Teknologi Hijau , Gaya Hidup Hijau
Segarkan minda kreatif anda dengan pengabadian dalam bentuk fotografi yang paling imaginatif atau ceritakan bagaimana anda menerapkan amalan teknologi hijau dalam kehidupan seharian anda.( Hijau Duniaku)
Salurkan kreativiti dan perasaan anda mengenai taknologi hijau menerusi pertandingan Greentition ini.
uji minda dan pengetahuan anda mengenai teknologi hijau secara kreatif. Maklumat lanjut...sila layari :www.greentechmalaysia.my/greentition
DAN memenangi------>

Posted by Buletin KKSB
iklan,
kreatif dan RnD
6:33 PM

PERTANDINGAN INOVASI:MALAYSIA INOVATIF 2010
Sempena sambutan Malaysia Inovatif 2010 bertemakan Meraikan Kreativiti,satu pertandingan inovasi peringkat zon akan diadakan.Pertandingan ini memberi peluang mengiktiraf usaha inovasi serta kreativiti yang menjana idea , ciptaan dan produk baru dalam sains dan teknologi di peringkat akar umbi ke arah penghasilan kekayaan serta dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan masyarakat. untuk maklumat lanjut :http://www.malaysiainovatif.gov.my.
Posted by Buletin KKSB
iklan
8:04 PM
KKSB menjemput semua Warga Sabak Bernam untuk menyertai Pertandingan Hasil Tani - Setandan Pisang Tanduk Berkualiti.
Hadiah-hadiah menarik menanti para pemenang:
- Tempat Pertama : RM100 + Sijil
- Tempat ke-2 : RM70 + Sijil
- Tempat ke-3 : RM50 + Sijil
Tarikh tutup pertandingan adalah pada 08 Ogos 2010 (Ahad) jam 10 pagi.
Pertandingan ini akan diadili oleh Jabatan Pertanian. Keputusan hakim adalah muktamad. Nama pemenang akan dimaklumkan pada 09 Ogos 2010 (Isnin).
Posted by Buletin KKSB
iklan,
sukan
8:37 PM
Kolej Komuniti Sabak Bernam dengan kerjasama Kolej Komuniti seluruh negara bakal mengadakan Ekspedisi Jelajah 1 Malaysia pada 7-9 Ogos 2010 ini. Tujuan ekspedisi ini adalah untuk mendedahkan masyarakat setempat kepada Kolej Komuniti dan mewujudkan persefahaman antara masyarakat desa dan pihak kolej.
Ekspedisi besar-besaran ini melibatkan para pelajar Kolej-kolej Komuniti dari 4 Zon iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Tengah, dan Zon Selatan. Para peserta akan berekspedisi menggunakan basikal untuk menjelajah seluruh ceruk desa sepanjang laluan tersebut dan akan berakhir di Kolej Komuniti Sabak Bernam.
Syabas diucapkan kepada Unit Sukan KKSB yang terlibat secara langsung ke atas program berprestij ini! Sebagai warga KKSB, marilah kita sama-sama menggembeling tenaga menjayakannya.
Posted by Buletin KKSB
iklan,
info kolej
6:45 PM
Bermula Sesi Julai 2010, Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) secara rasminya mula menawarkan Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) untuk Pemasangan Elektrik. Program baru ini adalah transformasi kepada program pengajian 2 tahun sedia ada yang dipecahkan kepada modul-modul kecil (modular). Berikut adalah sedikit ringkasan berkenaan SMK Pendawaian Elektrik yang ditawarkan di KKSB:
- Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal (3 bulan)
- Pendawaian Pembuluh dan Sesalur Fasa Tunggal (3 bulan)
- Pemasangan Mesin Elektrik (3 bulan)
- Pendawaian Pembuluh dan Sesalur Tiga Fasa (3 bulan)
- Pendawaian 'Ducting', 'Cable Tray', SWA & 'Underground Cable' (3 bulan)
- Pemasangan Elektrik Tiga Fasa (3 bulan)
Muat turun (download) Iklan Sijil Modular KebangsaanPengambilan pelajar bermula pada bulan Julai, Oktober dan Disember 2010. Permohonan Kemasukan ke Kolej Komuniti KPT boleh dibuat dengan cara : Permohonan secara dalam talian (Online) di laman web www.jpkk.edu.my ATAU Menghubungi terus ke Kolej Komuniti yang berhampiran. Permohonan dibuka mulai 28 Jun 2010.
Syarat Kemasukan:
- WARGANEGARA MALAYSIA
- Terbuka kepada calon yang berumur 17 tahun ke atas. (Pesara Kerajaan / Warga Emas / Belia / Lulusan Universiti / Lepasan Sekolah)
- Pekerja yang sedang bekerja juga boleh memohon
- Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakan memohon
Posted by Buletin KKSB
iklan,
kuspen
8:11 PM
Berikut disenaraikan Kursus Jangka Pendek KKSB untuk bulan Julai 2010:
17 Julai 2010
1. Asas Microsoft Word 2007 (RM10)
2. Penghasilan Waffle Pancake, Kacang Bersalut, Seri Kaya Madu (RM20)
24 Julai 20101. Pembangunan Laman Web Dalam Sehari (RM10)
2. Kursus Matematik Tambahan Tingkatan 4 (RM10)
3. Penghasilan Biskut Mentega, Sos Cili Pedas, Yogurt (RM20)
4. Menjahit Langsir Royal Scallop (RM50)
25 Julai 20101. Menjahit Langsir Rod Scallop (RM50)
2. Penghasilan Kuih 9 Lapis, Mushroom Soup (RM15)
31 Julai 20101. Sulaman Manik Dan Labuci (RM40)
2. Asas Microsoft Excel 2007 (RM10)
3. Penghasilan Biskut Quaker Oat, Kebab Daging Berempah, Puding Kastard Coaktail (RM30)
4. Lukisan Botol Kaca (RM15)
Posted by Buletin KKSB
iklan
8:07 PM
- Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
- Setiap borang penyertaan ini perlu disertakan dengan bayaran wang pos bernilai RM5.00 atas nama KOPERASI KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM.
- Gambar mestilah berukuran 5R dan bertemakan “1Keluarga 1 Malaysia”. Gambar tidak akan dikembalikan dan menjadi hak pihak penganjur.
- Satu penyertaan hanya untuk sekeping gambar sahaja.
- Penyertaan adalah tidak terhad.
- Borang penyertaan boleh difotokopi.
- Tarikh penyertaan dibuka dari 7 Jun hingga 30 Julai 2010.
- Keputusan pengadil adalah muktamad, sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
- Semua pemenang akan diberitahu melalui pos.
- Penyampaian hadiah akan diadakan di Kolej Komuniti Sabak Bernam pada 9 Ogos 2010 (Isnin).
- Setiap peserta harus memakai pakaian yang sesuai dan sopan.
- Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan semasa mengikuti pertandingan ini.
- Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh diajukan terus kepada Pn Marziah bt Che Mansor (03-32163235).

Borang penyertaan bolehlah dihantar atau diserahkan kepada :
Kolej Komuniti Sabak Bernam,
Jalan Raja Chulan,
45200 Sabak Bernam, Selangor.
(u/p : Pertandingan Fotografi “1Keluarga 1 Malaysia”)
Hadiah Pertama :Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penyertaan
Hadiah Kedua :Wang Tunai RM80.00 & Sijil Penyertaan
Hadiah Ketiga :Wang Tunai RM50.00
Sijil Penyertaan
»
Download Borang Penyertaan