Sijil Modular Kebangsaan KKSB - Pemasangan Elektrik

Bermula Sesi Julai 2010, Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) secara rasminya mula menawarkan Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) untuk Pemasangan Elektrik. Program baru ini adalah transformasi kepada program pengajian 2 tahun sedia ada yang dipecahkan kepada modul-modul kecil (modular). Berikut adalah sedikit ringkasan berkenaan SMK Pendawaian Elektrik yang ditawarkan di KKSB:



  1. Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal (3 bulan)
  2. Pendawaian Pembuluh dan Sesalur Fasa Tunggal (3 bulan)
  3. Pemasangan Mesin Elektrik (3 bulan)
  4. Pendawaian Pembuluh dan Sesalur Tiga Fasa (3 bulan)
  5. Pendawaian 'Ducting', 'Cable Tray', SWA & 'Underground Cable' (3 bulan)
  6. Pemasangan Elektrik Tiga Fasa (3 bulan)

Muat turun (download) Iklan Sijil Modular Kebangsaan

Pengambilan pelajar bermula pada bulan Julai, Oktober dan Disember 2010. Permohonan Kemasukan ke Kolej Komuniti KPT boleh dibuat dengan cara : Permohonan secara dalam talian (Online) di laman web www.jpkk.edu.my ATAU Menghubungi terus ke Kolej Komuniti yang berhampiran. Permohonan dibuka mulai 28 Jun 2010.

Syarat Kemasukan:
  • WARGANEGARA MALAYSIA
  • Terbuka kepada calon yang berumur 17 tahun ke atas. (Pesara Kerajaan / Warga Emas / Belia / Lulusan Universiti / Lepasan Sekolah)
  • Pekerja yang sedang bekerja juga boleh memohon
  • Masyarakat komuniti setempat amatlah digalakan memohon

Posted by Buletin KKSB on 6:45 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Sijil Modular Kebangsaan KKSB - Pemasangan Elektrik�

Leave comment

dailyvid

FLICKR PHOTO STREAM

2010 BlogNews Magazine. All Rights Reserved. - Designed by SimplexDesign