Posted by Buletin KKSB
aktiviti
7:20 PM
Pada 28 Julai 2010 (Rabu) lalu, KKSB telah dikunjungi oleh Pusat Tabung Darah Negara, Kuala Lumpur sempena Kempen Derma Darah. Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Tabung Darah Negara.
Selepas saringan, seramai lebih kurang 50 orang staf dan pelajar KKSB yang bermurah hati telah terlibat menderma darah pada program ini. Sebahagian warga KKSB yang hadir pada program ini telah dikecualikan daripada menderma darah atas pelbagai faktor seperti tidak cukup umur, kurang berat badan, masalah kesihatan dan sebagainya. Walaupun jumlahnya kecil, sumbangan ini besar ertinya kepada negara terutamanya bagi mereka yang memerlukan.
Syabas kepada semua warga KKSB yang prihatin!
Posted by Buletin KKSB
aktiviti
1:21 AM
Pada 30 Julai 2010 (Jumaat), Koperasi Kolej Komuniti Sabak Bernam Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung sesi 2009/2010 bertempat di Dewan Tun Abd Razak, Sabak Bernam. Mesyuarat ini telah dihadiri kira-kira 400 orang ahli termasuk para pelajar dan staf KKSB.
Pada mesyuarat ini, seramai 12 Ahli Lembaga Koperasi dan 6 Ahli Jawatankuasa yang baru telah dilantik. Pelbagai laporan dan usul telah dibentangkan antaranya; kadar keuntungan koperasi bagi sesi 2009/2010, rancangan masa hadapan koperasi, dan kaedah bayaran balik dividen ahli. Majlis berakhir jam 12 tengahari.
Posted by Buletin KKSB
aktiviti
7:16 PM
Pada 20 Julai 2010 yang lalu, Puan Suriati bt Abdullah (Pengarah), En Yusop bin Paal, En Zainuddin Kasmuri, En Hamdi bin Miskiran, En Suhairi bin Mispar serta En. Mohd Syaufiq b. Dolmat dan Cik Nor Azila bt Mohd Anuar (JK Penempatan dan Kebajikan) telah mengadakan suatu lawatan ke rumah-rumah sewa milik Koperasi Kolej Komuniti Sabak Bernam Berhad. Rumah-rumah yang terlibat adalah Rumah Aman dan Rumah Rehat.
Program ini merupakan lawatan yang dirancang bagi tujuan beramah mesra dengan para pelajar yang majoritinya pelajar Semester 1. Semasa perjumpaan tersebut, Puan Pengarah menyampaikan sedikit pesanan yang merangkumi hal-hal kebersihan, etika sebagai pelajar dan amalan berjimat cermat. Teguran turut dibuat berkaitan cara penyambungan elektrik yang agak merbahayakan keselamatan penghuni rumah. Lawatan tersebut berakhir sekitar jam 7 malam.
Posted by Buletin KKSB
aktiviti,
berita
8:08 PM
Pada 23 Julai 2010 (Jumaat) lalu, Unit Teknologi Elektrik (STE) telah menganjurkan 'Potluck' bertempat di bilik staf akademik. Pelbagai hidangan sarapan pagi seperti nasi lemak, mee goreng, bihun sup, dan spageti telah disediakan. Selain penyertaan para staf dari unit lain, majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Pengarah dan KJPSH. Terima kasih diucapkan atas kemurahan hati para staf Unit STE.
Posted by Buletin KKSB
aktiviti,
berita
7:25 PM
Pada 22 Julai 2010 (Khamis) lalu, penghuni Rumah Rehat Pelajar (Rumah Koperasi) yang majoritinya adalah pelajar kemasukan baru, telah menganjurkan satu majlis bacaan Yasin & doa selamat. Majlis ini diadakan sempena kemasukan mereka ke penginapan baru ini dan sebagai majlis ramah mesra bersama pensyarah.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Solat Maghrib & Isyak secara berjemaah, bacaan Yasin & Tahlil, serta jamuan makan. Majlis tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Noorkhairan dari unit Pengajian Am.
Posted by Buletin KKSB
aktiviti,
berita
12:48 AM
13 Julai 2010 -
Selasa. Seramai lebih kurang 270 orang pelajar baru pelbagai kursus telah mendaftar di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Turut mendaftar termasuk 56 orang pelajar Sijil Modular Kebangsaan - Pendawaian Permukaan 1 Fasa (Modul 1 Sijil Elektrik). Berbeza dengan Sijil Elektrik Pemasangan sebelum ini, Sijil Modular Kebangsaan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut modul (Modular) yang membolehkan para pelajar menerima Sijil Modular setiap kali berjaya menamatkan Modul yang diambil.
Lihat Galeri Gambar Pendaftaran