Pelajar Sem4 SKS - Pengendali Grafik Komputer Tilawah al-Quran Antarabangsa 2010

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya telah melantik Mohamad Nadzeri bin Nordin (B01SKS08F513) seorang pelajar Semester 4 unit Sistem Komputer & Sokongan sebagai Pengendali Grafik Komputer bagi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52, 2010 (MTQA).

Majlis yang berlangsung dari 27 Julai - 3 Ogos 2010 ini bakal menyaksikan qari dan qariah daripada pelbagai negara memperdengarkan bacaan masing-masing untuk merebut gelaran Johan Qari / Qariah Peringkat Antarabangsa. Majlis gilang-gemilang ini bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Syabas diucapkan kepada Mohamad Nadzeri! Seorang lagi warga KKSB telah mengharumkan nama (beliau dan KKSB) di peringkat antarabangsa walaupun peranan beliau hanya di belakang tabir.

Posted by Buletin KKSB on 10:29 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for �Pelajar Sem4 SKS - Pengendali Grafik Komputer Tilawah al-Quran Antarabangsa 2010�

Leave comment

dailyvid

FLICKR PHOTO STREAM

2010 BlogNews Magazine. All Rights Reserved. - Designed by SimplexDesign